Monday 16 July 2012

Struktur Suku Di Rembau



Suku Yang Dua Belas

Dalam sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, secara asasnya terdapat dua belas suku. suku-suku yang dimaksudkan ialah Biduanda (1), Paya Kumbuh (2), Mungkal (3), Tiga Nenek (4), Tanah Datar (5), Sri Melenggang (6), Sri Lemak (7), Batu Hampar (8), Batu Belang (9), Anak Melaka (10), Anak Acheh (11) dan Tiga Batu (12).

Begitu juga di Rembau, terdapat kesemua 12 Suku ini. Di antara keduabelas suku yang tersebut, suku Biduanda mempunyai kedudukan yang istemewa iaitu mempunyai hak mutlak untuk menjadi dan menyandang pusaka Undang Luak Rembau. Ini kerana dalam Adat Perpatih, suku Biduanda dianggap sebagai suku yang sesungguhnya merupakan orang asal di Rembau. Sementara suku-suku lain adalah terdiri dari dari orang-orang yang datang dari Minangkabau, Sumatra . Kedatangan mereka ini adalah secara berperingkat-peringkat.


Dipercayai terdapat empat suku yang mula-mula datang meneroka ke Rembau. Mereka ini terdiri dari pengikut-pengikut yang mengiringi Tok Lela Balang dan Tok laut Dalam iaitu dua orang ketua Minangkabau yang mula-mula datang. Tok Lela Balang diiringi oleh orang-orang dari suku Batu Hampar dan Mungkal sementara Tok Laut Dalam pula diiringi oleh orang-orang dari suku Paya Kumbuh dan Tiga Nenek. Selepas mendapat tahu kejayaan suku yang empat ini, maka suku-suku yang lain pula telah datang. Tiap-tiap suku itu pula mempunyai ketua masing-masing yang kemudiannya dikenali dengan gelaran Lembaga.


Pada peringkat awal, peneroka-peneroka ini telah membuka kawasan penempatan di kawasan Rembau Baruh. Apabila semakin ramai peneroka yang datang, mereka telah diarahkan agar membuka kawasan penempatan baru di kawasan Rembau Darat. Dengan itu terdapatlah pentadbiran adat yang dibahagikan kepada Baruh dan Darat. Oleh kerana adanya pecahan penempatan tadi maka terdapat lebih dari 12 suku kesemuanya di Rembau. Pentadbiran suku di Baruh dan di Darat juga adalah berlainan walaupun dari suku yang sama. Setiap satu pecahan suku mempunyai seorang Lembaga yang bertanggungjawab.



























5 comments:

  1. Tuan,

    Jangan lupo , "Datuk Bungkal dilupokan tetapi keturunannya (Biduanda Lela Maharaja)dimuliakan; Selagi adat dijunjung, selagi ada bulan, selagi ada bintang"

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Suku Tanah Datar Baruh tak cukup satu perut. 3 perut boleh nyandang pesaka dan 2 lagi tak boleh. 3 Perut ini boleh berkahwin dengan 2 perut tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas info yang diberikan.

      Mungkin ada kesilapan fakta yang dirujuk atau pun perut sedia ada telah berkembang

      Akan dikemaskinikan dalam rekod simpanan.

      Terima ksih sekali lagi

      Delete
  3. Saya ada beberapa soalan..
    1.adakah saya masih berada dalam suku?(ibu suku tiga batu berkahwin dengan bapa,orang jawa)
    2.boleh ke kita cari asal usul keturunan melalui suku..
    Sekiranya ada jawapan bolehlah bantu sy..emailkan pada sy..aizadbriliant@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Suku asli negri sembilan adalah suku jakun bukan biduanda..suku biduanda adalah perkawinan pendatang dr minangkabau dg suku jakun...

    ReplyDelete