Alhamdulillah, syukur. Selesai sudah segalanya dengan lancar. Tahniah kepada kekanda Tn Hj. Yahya Musa yang dilantik sebagai YM Dato’ Bangsa Balang, Lembaga Tiang Balai (Baruh), Lembaga Tiang Balai Nan Delapan Luak Rembau merangkap Lembaga suku Tiga Nenek (baruh).
Marilah bersama-sama kita memertabatkan dan meningkatkan institusi adat ini, mengisi mana-mana kekosongan Besar Waris yang ada bagi memastikan kesinambungan dalam menjaga kepentingan dan kebajikan seluruh anak waris terlaksana serta dapat menyatukan semula anak-anak buah tanpa mengira perbezaan pendapat dan pandangan. Oleh yang demikian, tidak salah sekiranya berkongsi pandangan dan berbincang dengan anak-anak buah yang mempunyai pengetahuan mengenai adat. Secara tidak langsung ianya akan merapatkan lagi hubungan di antara penyandang pesaka dengan anak-anak buah.
Marilah bersama-sama kita memertabatkan dan meningkatkan institusi adat ini, mengisi mana-mana kekosongan Besar Waris yang ada bagi memastikan kesinambungan dalam menjaga kepentingan dan kebajikan seluruh anak waris terlaksana serta dapat menyatukan semula anak-anak buah tanpa mengira perbezaan pendapat dan pandangan. Oleh yang demikian, tidak salah sekiranya berkongsi pandangan dan berbincang dengan anak-anak buah yang mempunyai pengetahuan mengenai adat. Secara tidak langsung ianya akan merapatkan lagi hubungan di antara penyandang pesaka dengan anak-anak buah.
KE LAUT PULAU-PULAUAN, KE DARAT BUSUT-BUSUTAN
AIR SETITIK DIJADIKAN LAUT, TANAH SEKEPAL DIJADIKAN PULAU
TELUR SEBIJI SAMA DI TATANG, PESAKA SATU SAMA DIJUNJUNG
Terpilih sebagai Dato' Lembaga bukanlah satu kelebihan mahupun kekuatan yang ada bagi seseorang. tanggungjawab sebagai Dato' Lembaga amatlah besar dan berat di mana ia tidak hanya tertakluk mengenai adat sahaja. Dato' Lembaga perlu mengambil berat setiap hal anak buah termasuk sakit peningnya, kenduri kendaranya dan sentiasa bersikap adil dan saksama. Dato' Lembaga menjadi tempat anak buah mengadu dan menyelesaikan masalah sama ada berkaitan dengan adat mahupun agama. Malah serikali menjadi orang tengah atau pendamai sekiranya berlaku perselisihan faham di kalangan anak-anak buah.
Gambar-gambar sekitar Majlis Pengistiharan Pelantikan di Balai Undang Luak Rembau
Tuan Hj. Yahya Musa diistiharkan penyandang oleh YTM Dato Lela Maharaja, Undang Luak Rembau
Istiadat Mengadap dan Menjunjung Kasih
Istiadat Menerima Watikah Dan Keris Pusaka
Istiadat Membaca Ikrar sebagai Dato' Lembaga Penyandang Pesaka Adat yang baru
Menandatangani Watikah Pelantikan disaksikan oleh YM Dato' Perba, Dato' Gempa Maharaja dan Dato' Mendelika, Anggota Lembaga Tiang Balai
Ucapan Tahniah daripada YM Dato-Dato Lembaga, Orang Besar Undang dan Calon
Gambar-gambar sekitar Istiadat Menambang Pesaka Di Telapak - Kg. Padang, Astana Raja
YM Dato Merbangsa Azmi Ahmad, Lembaga Tiang Balai menjalankan Istiadat Menambang
YM Dato Bangsa Balang Hj. Yahya Musa dan Puan Isteri diperkenalkan kepada anak-anak buah
Istiadat Menjunjung Kasih oleh anak buah kepada YM Dato Bangsa Balang Hj Yahya Musa
Istiadat Menjemput Pulang Dato Lembaga Ke Teratak oleh Tok Laksamana, Buapak suku isteri
Hjh. Mardiah Musa, Ibu Soko suku Tiga Nenek perut Padang dan anak-anak buah yang hadir
Majlis jamuan makan bersama YM Dato-Dato Lembaga dan Orang Besar Undang yang hadir
Gambar-gambar sekitar Istiadat Menambang Pesaka Di Teratak Isteri - Kg. Semerbok
Buapak suku isteri menjemput Dato Lembaga tiang Balai bagi memulakan Istiadat Menambang
Buapak suku isteri, Orang Tempat Semenda, Orang seadat dan Orang Seresam Menjunjung Kasih
Waris seadat dan keluarga suku isteri yang turut hadir di teratak
Orang Tempat Semenda, Orang seadat dan Orang Seresam yang turut hadir di teratak
Assalamualaikom,
ReplyDeleteEse jongok blog ini.Banyak info mengenai kito yg tidak diketahui.T.Kasih.
Ujang Kitik.. mokasih sudi jongok blog nie. kekangan maso yg terhad membataskan
Delete